Khamis, 26 Januari 2012

TabloQ - Info


Dengan Bissmillah, solawat dan salam serta doa,sapukan TabloQ ketempat yang bermasalah, InsyaAllah mujarab,kena dengan caranya, apa yang di hajati semasa memakainya menjadi.

Gunakan Tabloq sebagai scrub, masker juga sebagai bedak asas juga. boleh diguna pakai kering atau basah dan caranya tersedia sudah.
 Kekerapan penggunaan TabloQ Dan Bagimana TabloQ bertindak balas dengan kulit kita?
Kekerapan penggunaan TabloQ adalah berbeza mengikut jenis kulit. Bagi anda yang mempunyai jenis kulit biasa, bolehlah mengamalkan TabloQ sekerap mungkin. Manakala bagi anda yang mempunyai jenis kulit yang sensitif, amalkan TabloQ 3 atau 4 kali seminggu sehingga masalah kulit sensitif anda berjaya diatasi. TabloQ mengandungi mineral semulajadi yang bertindak membuang segala kekotoran dan bakteria-bakteria jahat yang menyebabkan masalah-masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan lain-lain pada kulit secara semulajadi. Dan seterusnya menjadikan kulit kita sihat dan bersih secara semulajadi. Produk alami ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan dan sesuai diamalkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

FAKTA yang mencatatkan bahawa tanah liat merupakan antara sumber semula jadi yang baik dalam penghasilan produk penjagaan wajah bukan lagi perkara baru.
Kandungan kelembapan yang tinggi dan fungsinya sebagai pembasmi kuman (antiseptik) yang terbaik menjadikan tanah liat menjadi satu produk yang mempunyai nilai tambah.
TabloQ merupakan sejenis bedak sejuk yang diperbuat daripada 100% tanah liat sem...ulajadi yang membantu membersih, mengimbangkan kulit yang tak sekata, menghalus dan melembutkan kulit. Selain itu, TabloQ turut membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari agar kelihatan lebih segar, berseri dan bermaya. Ia sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah bayi dan juga kanak-kanak.
TabloQ bukan sahaja untuk tujuan kecantikkan malah merupakan produk serbaguna. Ini kerana kandungan zat galian semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potasium dapat mengurangkan jerawat, bintik hitam serta penyakit kulit.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah membancuh TabloQ dengan campuran air mineral semulajadi, air gamat, yogurt, susu atau buah-buahan, kemudian sapu pada permukaan wajah, tangan atau badan dan biarkan kering seketika sebelum dicuci dengan air. Bagi mereka yang mengamalkannya secara berterusan ton warna kulit, tangan atau badan akan berubah dalam masa yang singkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan